Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


10 Mei 2009

Melawat Mini Zoo Kemaman

Hari ni hari rehat ambo dan sekolah masih bercuti sempena hari Wesak, ambo bagi 2 pilihan kepada isteri dan anak ambo, mandi air terjun Cemerong atau pergi melawat zoo yang baru dibuka di Kemaman. Pilihan mereka, Mini Zoo Kemaman - lain kali pergi mandi air terjun Cemerong, Hulu Dungun.

Jarak perjalanan kurang lebih satu jam sahaja. Sampai kat sana orang dah ramai. Tiket diskaun 50%. Kena juga RM13 untuk 3 orang. Ada disediakan buggy car percuma untuk masuk dan keluar. Malas nak beratur dan berebut, kami berjalan sahaja kerana jaraknya pun tak sampai 300m.

Tak banyak binatang seperti zoo lain, gajah ada la 2 ekor, burung-burung, ular dan sedara mara kucing. Tak nampak pula harimau dan singa tersengih. Zoo terlalu baru dan tak sempat nak isi binatang kot. Ada juga la semacam taman tema, ada gelungsur dan air terjun, tapi airnya keruh semacam je dan ada katak mati terapung.

Tumpuan isteri ambo adalah rumah orkid. Pokoknya segar dan bunganya cantik-cantik. Ambo hanya ambil gambar, segala macam gambar untuk menambahkan kemahiran dalam minat baru ambo ni.










Tiada ulasan:

Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009