Selain dari masak secara biasa - gulai, kari, singgang, goreng kunyit, goreng celup tepung dan bakar, sotong boleh juga disayur bersama dengan buah gajus yang hampir masak. Masakan ini popular dan menjadi antara menu wajib semasa musim sotong di negeri Terengganu. Kata orang kalau buah gajus dah mulai masak, maka musim sotong pun bermula.
Gajus separuh masak dibelah kecil-kecil dan dicampur dengan 2 sudu besar garam. Diramas-ramas untuk mengeluarkan airnya. Cara masaknya - campur hirisan sotong, gajus yang diperah, santan pekat, bawang besar, lada besar, ikan rebus yang ditumbuk dan garam gula secukup rasa. Agak-agak sotong dah masak boleh terus diangkat. Lepas masak tu hidang dengan ikan gelama kering goreng, teh-o-beng limau.
Sedapnya, gerenti tambah nasi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan