Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


30 April 2009

Cuti-Cuti Tanjung Balai Karimun, Indonesia

Kali ni ambo pergi bercuti secara berkumpulan selama 3 hari 2 malam ke Tanjung Balai, Pulau Karimun, Indonesia dari 27 April hingga 29 April. Ambo sedang demam, batuk, selsema, sakit tekak dan kepala sejak 2 hari sebelum mengikuti trip ini yang dirancang semenjak 2 bulan lepas.

Group kami seramai 20 orang bertolak dari Kerteh jam 11 malam dengan 5 buah kereta dan sampai di Jeti Kukup, Pontian jam 6.00 pagi. Demam semakin teruk. Panadol hanya dapat mengurangkan sejuk panas badan je. Jam 7.30 pagi, kami semua jadi jutawan. RM33o tukar dapat 1 juta rupiah. Ambo masih demam teruk walaupun dah jadi jutawan. Tak ada guna duit banyak tapi kesihatan tu anugerahNya yang tidak ternilai.

Hari pertama kat Tg Balai, lepas check in hotel dan makan tengahari semua orang mula shopping, ambo balik hotel dan tidur kat bilik hotel. Makan sudah tak selera sejak dari rumah lagi. Demam teruk, batuk selsema dan sakit tekak sampai pagi esoknya. Suasana kat sini lebih kurang sama macam suasana perniagaan kat Pengkalan Kubor atau Rantau Panjang. Kereta motor dan van terlalu banyak dan bising dengan hon sepanjang masa, dah jadi kebaisaan mereka. Pelancong tak ramai, yang datang pun biasanya dari Singapore dan Malaysia.


Hari kedua, semua orang pergi buat CSR kat Panti Asuhan (Rumah Anak-Anak Yatim). Ambo masih tak larat nak join. Menjelang tengahari demam ambo dah semakin baik. Ambil kesempatan ni shopping sedikit untuk ole-ole anak isteri kat rumah. Petang tu sambung lagi dan Alhamdulillah ambo semakin sihat. Makan masih tak selera, tekak masih perit.

29 April, Rabu kami berangkat balik. Bertolak dari Tg Balai pukul 1.30 petang dan sampai di Dungun jam 1.30 pagi. Penat bangat.

Tiada ulasan:

Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009