Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


16 Mei 2009

Ulam-Ulaman Tempatan

Amalan memakan ulam adalah digalakkan sebagai satu amalan pemakanan sihat. Ulam boleh dimakan dengan berbagai cara samada sebagai dicicah dengan budu, sambal belacan atau sambal tempoyak. Sesetengah pucuk dan ulaman tu boleh juga dibuat kerabu. Bagi ambo, boleh dikatakan ambo ni memang peminat setia ulam dan tentu sekali dicicah dengan budu.

Bermacam ulam-ulaman boleh didapati di sekeliling kita, samada beli kat pasar, kutip ditepi hutan atau tanam sendiri di keliling rumah. Kebiasaanya orang kita sedikit sebanyak ada juga menanam dibelakang rumah atau tepi pagar.

Kali ini ambo letakkan gambar-gambar ulam-ulaman yang didapati dibelakang rumah ambo. Bagi mereka-meraka yang tidak mengenali pucuk-pucuk tersebut, ambo senaraikan nama nya mengikut urutan adalah seperti berikut.

Pucuk Ubi Kayu, Pucuk Gajus @ Jambu Golok (Teranung) @ Ketereh (Kelate), Kacang Botol ( baru berbunga ), Pegaga, Pucuk Putat dan Pucuk Serai Kayu.

Tiada ulasan:

Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009