Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


20 Februari 2009

Sepuluh Dewasa Satu Kanak-Kanak

Tiket untuk 10 dewasa 1 kanak-kanak. Itulah ayat famous sekali semasa kami sekeluarga bercuti ke negeri-negeri di utara. Gambar pertama tu semasa singgah di puncak titiwangsa. Walaupun pukul 11 pagi masih berkabus dan masih terasa sejuknya. Tapi sejuk lagi Cameron Highland.

Mula perjalanan dari Kelate dengan 2 buah kereta, singgah makan pagi di Gunung Reng sebelum masuk Jalanraya Timur Barat dan berhenti makan tengahari di Lenggong. Seronok makan bekalan sambil piknik ramai-ramai.

Destinasi pertama rumah adik ipar ambo - Cik Yah di Kuarters Guru Selinsing, Simpang Empat, Perak. Bermalam dirumah dia dan keesokkan harinya berkunjung ke Taman Tema Bukit Merah. Tiket 10 dewasa 1 kanak-kanak. Seronok mandi manda dan bermain di taman tema sehingga ralit hingga lewat tengahari.

Balik dari Bukit Merah berkunjung pula ke Zoo Taiping. Tiket 10 dewasa 1 kanak-kanak lagi. Penat tadi belum hilang tapi seronok pulak tengok semua orang masih enjoy. Penat berjalan naik keretapi, tapi yang ni tak payah pakai tiket 10 dewasa 1 kanak-kanak, free je.

Keesokkan harinya kami bertolak pula ke Kuala Perlis untuk ke Langkawi pula. Seronok tengok Alia dan adik-adik ipar yang masing-masing kali pertama sampai sini. Ambo dah masuk kali ke 3 sampai sini. Sekali lagi tiket feri 10 dewasa 1 kanak-kanak. Tempahan apartment 3 bilik dah beres. Hotel semua penuh maklumla cuti sekolah. Bila sampai sana, ambo sewa van vannete kuat kedarah minyak, maklumla 10 dewasa 1 kanak-kanak.

Petang tu sempat la melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah, tempat tumpuan semua orang. Tapi kebanyakan tempat memerlukan tiket 10 dewasa dan 1 kanak-kanak. Ada yang kami masuk, ada yang kami tak mampu nak masuk, maklumlah ada yang RM20 hingga RM30 satu kepala, he he...10 dewasa 1 kanak-kanak tu....!!

Esoknya kami ambil kesempatan melawat lagi ketempat-tempat bersejarah sebelum berangkat balik ke Kuala Perlis. Dari Kuala Perlis kami bertolak balik melalui Lebuhraya Plus hingga Gurun. Dari Gurun pukul 6.45 petang, ambo pekena 2 botol Livita Honey dan terus balik Kelate melalui Jalanraya Timur Barat dalam suasana hujan renyai-renyai.

Maka, 8 dewasa dan 1 kanak-kanak sudah tidur belaka. 2 drebar penat takyah cerita la, tapi penangan Livita Honey tu dapat mencerahkan mata. Jumpa jugak seekor bapak gajah sedang survey jalan untuk bawa kawanan turun dari bukit. Sangat besar berbanding dari gajah kat Zoo Taiping. Sampai di rumah kurang lebih pukul 2.30 pagi.

Sepuluh dewasa satu kanak-kanak penat tapi seronok sangat.

Tiada ulasan:

Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009