Hari ni ambo pergi pos opis untuk ambil rebat motorsikal ambo. Bayar insuran dan roadtax hari tu habis RM200 dan hari ni dapat semula RM150. Okaylah tu. Bulan depan rebat ni akan dihapuskan.
Ambo masuk pos opis dan ambil nombor pukul 10.42 pagi , selepas 20 orang barulah akan sampai giliran ambo. Dalam pos opis tu ambo kira ada 37 orang.
Apa yang ambo nak cerita hari ni adalah sikap orang melayu kita pasal beratur, kesombongan dan keangkuhan tidak mahu ambil nombor giliran. Sedari dulu lagi ambo memang anti dengan orang-orang semacam ni. Ada yang datang kemudian dan bila masuk dalam tu jumpa sedara mara atau rakan taulan terus bagi borang atau resit untuk diselesaikan oleh sedara mara rakan saing sahabatnya yang sedang berurusan dikaunter. Ada juga yang terus pergi kaunter tanpa mengambil nombor giliran dan terus berurusan dengan kerani berkenaan. Mereka-mereka ini bukan pakcik-pakcik yang datang dari Hulu Dungun atau orang asli Pasir Raja. Mereka-mereka ini nampak macam pelajar IPTA dan ada seorang tu siap bertali leher lagi. Tak belajar tatarakyat kot masa sekolah rendah dahulu. Jantan betina sama sahaja sikapnya.
Kalaupun kira nak cepat lorat, kita kena hormati orang lain. Orang lain pun mungkin nak cepat dan ada urusan lain atau tengah tahan berak juga. Jadilah seorang hamba Allah yang baik mengikut lunas-lunas Islam. Kalaupun tak faham kehendak Islam, ikutlah adat melayu. Jangan jadi melayu kurang ajar. Semua orang-orang yang bersikap begini tadi adalah Melayu Islam.
Setiap peraturan yang dibuat untuk kebaikan semua orang. Kita sebagai pelanggan perlu mengikut peraturan jika hendak berurusan. Pegawai ataupun kerani pos opis pula perlu menguatkuasakan peraturan itu. Perlu tegaskan kepada pelanggan, nak berurusan sila ambil nombor. No nombor bo layan, tak kira lah yang datang tu pak sedara bini tiri kepada bapak kita pun.
Ambo selesai berurusan dan keluar pos opis tadi pukul 11.27 pagi selepas 27 pelanggan selesai padahal ambo sepatutnya berurusan selepas 20 orang pelanggan.
Teruk betul Melayu kite....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan