Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


16 Februari 2009

Ikan Singgang, Ulam Dan Budu

Ikan aya hitam ( ikan tongkol ) memang sedap kalau dibuat singgang, samada singgang stail Kelate atau Tranung. Harganya agak mahal sikit berbanding dengan spesies ikan aya lain. Kalau makan nasi berlaukkan ikan singgang, tidak lengkap jika tiada ulam-ulaman dan budu. Ulam-ulaman ambo hari ni adalah rebung buluh betung celur, pucuk serai kayu dan pucuk gajus - Kelate panngil pucuk terrey ( Pekan Ketereh di Kelate tu ambil nama pokok ni la ), Tranung panggil pucuk jambu golok. Pucuk-pucuk ni ambo ambil belakang rumah sahaja kecuali rebung tu beli kat pasar. Sini susah nak cari rebung.

Makanan nampak simple je, tapi kalau ikut nafsu makan, kurang-kurang tambah nasi 2 kali. Kos ikan aya RM7.oo seekor, rebung RM2.oo sahaja.

Tiada ulasan:

Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009