Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


16 Februari 2009

Keretapi Dan Kereta Lipang

Keretapi juga di kenali sebagai kereta lipang ( sebab panjang macam lipan kot ) pernah wujud di Tranung iaitu di Dungun pada tahun 1930an, iaitu dari Bukit Besi ke Pantai Teluk Lipat di Dungun, Nama-nama seperti Bukit Besi, Sura Gate, Sura Jeti dan Bukit Tebuk tu adalah antara kesan pelombongan bijih besi.

Selepas lombong bijih besi ditutup, jalan keretapi berkenaan telah tiada tetapi bekas-bekas peninggalan sejarah masih lagi ada. Di sini ambo masukkan sedikit sebanyak kesan peningglan tersebut.

Sekarang ni telah ada satu lagi jalan keretapi dari Kerteh ke Pelabuhan Kuantan. Tapi yang ni adalah untuk Petronas mengangkut barangan untuk eksport sahaja.

Tranung masih kekal sebagai satu-satunya negeri tanpa keretapi penumpang. Mungkin satu masa nanti negeri ini akan ada LRT dari Dungun Ke Bandaraya Warisan Pesisir Air Kuala Terengganu. Ha ha, masa tu pun Dungun dah jadi bandaraya.

Tiada ulasan:

Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009