Awal Pagi - Ambo keluar rumah jam 6.36 pagi - keluar untuk ambil gambar di salah satu pantai kawasan Dungun iaitu Batu Pelanduk, dekat Kuala Abang. Tujuan utama nak ambik gambar matahari terbit dan gambar landskap menggunakan teknik slow shutter. Gambar matahari terbit tu okayla, tapi malangnya gambar teknik slow shutter tak memberikan hasil yang baik. Tak apalah tak berjaya pun, percubaan kali pertama ni.
Sinaran Mentari Pagi
Pagi - Balik dari pantai jam 8.10 pagi, ambil isteri dan anak pergi sarapan. Hari Jumaat memang biasa sarapan kedai la. RM 7.70 untuk roti telur 2, roti kosong 3, teh tarik dan kopi sauda. Lepas sarapan terus ke Pusat Tuisyen, daftar Alia masuk tuisyen UPSR. Keluar lagi RM100 untuk bayaran pendaftaran, buku latihan dan bayaran tuisyen. Tak apala, demi untuk masa depan dan kecemerlangan Alia. Masa ambo sekolah dulu tak ada kelas tuisyen gini. Tuisyen mula jam 0900 pagi hingga 1200 tengahari.
Destinasi seterusnya ialah Pasar Dungun, beli bahan untuk masak tomyam putih seafood, singgah Pasaraya untuk barangan kering dapur dan singgah Pustaka Seri Intan untuk buku latihan Alia. Pergi rumah tukang jahit, ambil baju Cik Yah yang baru siap, selepas lebih 6 bulan kot. Lamanya baru siap...
Tengahari - Ambik Alia dari Pusat Tuisyen, lepak, laptop, tidur, solat jumaat dan makan tengahari.
Awal Petang - Hari ini gerhana matahari separuh. Alia nak tengok gerhana matahari. Tak boleh tengok, sebab tak ada alat khas, tengok melalui air pun silau, reflection cermin pun silau - boleh rosak retina mata. Ambo dapat juga ambil gambar, itupun semasa matahari terlindung disebalik awan, dari dalam bilik berlapikkan cermin hitam tingkap. Akhirnya Alia dan Umminya dapat tengok kat laptop.
Berpinar Mata Ambo
Petang - Aktiviti makan petang, cuci dan bersih kawasan rumah, bakar sampah dan siram bunga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan