Sabtu, 16 Januari 2010 ambo ambik keputusan balik kampung serta-merta untuk menjenguk ayah mertua ambo yang sedang sakit. Ingat nak balik hujung minggu depan tapi bila mendapat maklumat bahawa dia sakit teruk sampai tidak tidur malam, hati terdetik untuk segera menjenguknya. Ambik cuti sehari dan Alia ponteng sekolah sehari + ponteng tuisyen sehari. Tak apalah, semua tu hal kecik. Tak ada apa yang lebih utama selain dari kesihatan keluarga dan sedara mara.
Dia ada masalah buah pinggang tak berfungsi sepenuhnya, membawa kepada pengumpulan asid urik. Acid urik tu membuatkan penyakit lamanya, gout semakin teruk. Acid urik juga membuatkan rasa loya, nak muntah dan mengakibatkan tidak lalu makan. Terkejut besar ambo bila lihat dia kurus sakan, berbanding dengan 3 minggu lepas.
Sekarang ni dia sambung berubat dengan cara tradisional, jumpa bomoh kampung untuk sakit buah pinggang dan bomoh lain pula untuk gout. Nampak macam ada perubahan tapi tak taulah setakat mana. Dia sudah tidak mahu pergi ke hospital lagi kerana doktor bercadang nak tebuk buah pinggang untuk buat haemodialis. Tebukan kawasan pusat perlu dibuat setiap kali rawatan haemodialis. Kekerapan tebukan dan rawatan pada peringkat awal ni seminggu sekali, bila dah lama menjadi dua kali seminggu dan boleh mencapai empat kali seminggu, bergantung kepada tahap dan keseriusan peyakit.
Orang tua ni bilamana anak-anak yang tinggal berjauhan balik, mereka cuba untuk nampak sihat walaupun sakit teruk. Cuma dia memang nampak ceria dan selera makan pun bertambah. Sebelum ni makan nasi sejemput je, tapi kelmarin dia makan agak banyak bila isteri ambo masak toman masak lemak dan ambo beli gulai ayam kampung dan solok lada. Berselera betul dia makan.
Minggu depan ambo nak balik kampung sekali lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan