Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


10 Januari 2010

Dungun - KL -Desaru - Dungun

Petang Khamis 07 Januari 2010, ambo bertolak ke KL untuk satu urusan kerja di KLCC pada pagi Jumaat. Bawa anak isteri untuk jalan-jalan makan angin. Menginap di The Zon satu malam.

Petang Jumaat rasa boring duk KL, ambik keputusan nak pergi jalan-jalan. Melaka? Negeri Sembilan? Johor? Okay, kita pergi Desaru kerana ambo belum sampai lagi ke sini. Kalau ikut GPS, jarak KL ke Desaru sejauh 276 km, dan dijangka sampai pukul 7.40 malam.


Semasa Singgah Hentian PLUS

Ambik PLUS highway KL-JB dan keluar kat Air Hitam sekejap untuk mencuci mata dengan barangan tembikar, kaca, perhiasan dan makanan berasaskan kerepek kat sini. Alia sempat juga sambar seekor teddybear besar. Masuk semula PLUS dan keluar kat Kulai. Dari Kulai terus ke Kota Tinggi dan Desaru melalui Felda Air Tawar. Sampai kat Desaru Damai Beach Resort pukul 8.00 malam. Menginap disini satu malam - RM150 semalam.


Kawasan Jualan Barangan Tembikar, Hiasan Dan Cenderamata


Pintu Masuk Ke Pusat Peranginan Desaru

Pagi Sabtu selepas sarapan, terus bertolak balik ke Dungun. Singgah sekejap kat Felda Air Tawar Dua. Dulu isteri ambo pernah mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Tawar Dua pada tahun 1994. Singgah ni untuk mengimbau kenangannya, tengok-tengok sekolah lama dan keadaan tempat ni selepas 15 tahun. Ambo juga bawa isteri ambo pusing-pusing bandar Kota Tinggi untuk layan nostalgianya. Banyak perubahan dan makin membangun bandar ini.


Mengimbau Nostalgia 15 Tahun Lepas

Pukul 10.00 pagi bertolak pula ke Felda Tenggaroh - bertandang ke rumah sepupu ambo, Cikgu Sidek (Idee) dan isterinya yang mengajar di sini. Tuan rumah bersungguh suruh tunggu makan tengahari tetapi memandangkan perjalanan ambo jauh lagi, maka tak dapatlah memenuhi ajakannya. Mari semula la deh....


Bersama Keluarga Idee
2 Orang Kanak-Kanak Sebelah Kanan Tu Anak Jiran Beliau

Bertolak balik ke Dungun melalui Mersing, Endau, Nenasi, Pekan dan Kuantan. Singgah 2, 3 tempat ambil gambar tempat menarik, singgah isi minyak dan singgah makan di Nenasi. Alhamdulillah, sampai kat Dungun lebih kurang pukul 6.45 petang.

Perjalanan kali ini sejauh hampir 1300 km.

Tiada ulasan:

Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009