Satu lagi kebiasaan ambo dulu-dulu adalah berhenti makan bekalan kat mana-mana tempat menarik semasa dalam perjalanan samada semasa bercuti atau balik kampung. Itupun jika perjalanan tersebut secara santai dan tidak terikat dengan waktu untuk sampai ke tempat tujuan.
Makan bekalan sambil menikmati pemandangan dan suasana persekitaran adalah lebih menarik, santai dan selesa. Nak kata jimat tu tak juga, tapi makanan sendiri lebih terjamin dari segi kebersihan dan khasiatnya.
Gambar ini diambil semasa berhenti di persekitaran Masjid Terapung, Kuala Terengganu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan