Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


30 Januari 2009

Kanak-Kanak Zaman IT

Zaman sekarang kebanyakan kanak-kanak sudah pandai atau celik IT seiring dengan perkembangan teknologi dan kemajuan alam siber. Kalau dulu, kanak-kanak lelaki asyik main aktiviti outdoor seperti sembunti-sembunyi, mandi sungai, cari ikan disawah manakala kanak-kanak perempuan main masak-masak, congkak, selambut ( batu seremban ) dan berbagai activiti bercorak indoor. Semua aktiviti berkenaan sudah semakin tiada lagi di zaman ini.

Kanak-kanak bandar dan kampung hampir setara - pandai main online games di internet atau paling tidak pun main PS3. Kanak-kanak seumur 7 atau 8 tahun pun sudah ada handphone canggih - kadang-kadang lebih canggih dari kita sendiri.

Teknologi makin maju, dunia hampir kiamat.

Tiada ulasan:

Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009