Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


08 September 2009

Kereta

o4 Sept 2009, perasaan ambo sayu dan gembira.

Sayu kerana kereta ambo Proton Wira 1.5 Auto yang ambo pakai sejak tahun 2003 telah bertukar tangan. Banyak jasanya kepada ambo sekeluarga. Habis seluruh Malaysia telah ambo jelajah dengan khidmatnya. Pahit manis rosak ditengah-tengah highway dan sentiasa ada problem kecil besar bukanlah sebab utama untuk ambo meninggalkannya. Keperluan kepada kenderaan yang lebih selesa adalah mungkin sebabnya. Banyak faktor lain yang ambo fikirkan sebelum menukarkannya dengan yang lain. Entahlah, dah nasib dia....

Gembira kerana kereta yang ambo intai-intai sejak dari tahun lepas dah menjadi milikan ambo. Kereta recond dari Jepun menjadi pilihan ambo selepas menyenaraipendekkan beberapa jenis dan keluaran kereta berdasarkan keperluan ambo sekeluarga. Pemilihan berdasarkan cantik, fuel efisien, selesa untuk pemandu dan penumpang. Dan yang paling utama adalah harganya mesti mampu milik dan mampu bayar bulanannya.






Sempena dapat kereta baru ambo buat satu perjalanan round Malaysia. Jumaat berbuka puasa dan sahur di Kamunting, Perak. Sabtu berbuka dan sahur di Gua Musang. Ahad berbuka dan sahur di kampung. Isnin baru ambo balik Dungun.


Gembira walaupun penat, sapa tak gembira kereta baru kan...?

3 ulasan:

My27Krista berkata...

Wah! Caldina tu Sano...bravo...tahniah. Bila nak jln2 Pontian? Bole aku test drive...hehehe...N/A ke turbo? Kalu Turbo, susah sket nak fuel efficient tu.....pedal to the floor memanjang cam ner nak fuel efficient..hehehe...

Mohd Sanori Abu Bakar berkata...

heheh......., 1.8ZT je, jln slow2 93.7km/hr je..

meh la trg, takpun masa gathering ILPP nanti, wat lps raya cun gok tu

mat din berkata...

tingin gak nak pkai keta ni huhuhu

Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009