Ambo ambil keputusan makan kat restoren masakan panas la pulak. Meja banyak kosong tapi sudah ditempah. Dapatla satu meja, terus order tomyam untuk 2 orang, ayam goreng kunyit untuk 2 orang dan kailan ikan masin satu. Milo beng dua dan teh-o suam satu.
Hampir waktu berbuka makanan ambo tak dapat lagi, semua meja dah penuh dan masing-masing dah dapat makanan. Bila orang azan je, ambo dan famili berbuka dengan kurma je lah. Selepas 8 minit barulah makanan ambo sampai.
Terbakar rasa hati, bayangkan tomyam campur untuk 2 orang cuma ada 2 ekor udang kecil, satu potongan sotong sebesar ibu jari dan tak sampai 10 potongan dadu ayam. Bawang pulak banyak sampai 3 guni, serai 8 perdu dan kuah 8 baldi. Ayam goreng kunyit dah hampir hitam dan keras sebab terlebih lama digoreng. Kailan tu okay je. Makan jugaklah sebab lapar.
Hampeh punya restoren punya tukang masak punya tokey. Ambo dah banned restoren ni seumur hidup. Bak kata orang, kalau kebulur tak makan seminggu pun, ambo takkan masuk lagi. Apa kejadahnya @#$%^&*.....
Bukan berkira sangat tapi berbaloikah semua tu dengan harga RM31.40?
1 ulasan:
Dugaan tu Sano. Dah hari-hari dok makan buka sedap sokmo...hehehe....sekali sekali apa salahnya
Catat Ulasan