Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


02 September 2009

Berbuka @ Dungun - Sahur @ KL - Berbuka @ Dungun

Pada 1 Sept ambo dan seorang rakan datang ke KL menaiki bas. Bertolak dari Dungun jam 1045 malam dan berhenti rehat kat Chendor. Lama betul bas berhenti, rupanya aircond ada masalah. Pukul 0135 pagi baru bas bertolak ke KL. Alamak, sempat ke ambo nak sahur ni? Biasanya, bas akan sampai ke Hentian Putra jam 0400 atau 0430 pagi, tapi ni dah terlewat satu jam dari jadual asal. Ah, lantaklah, ambo nak tido, tak sempat sahur teruk la, ambo cuma ada setengah botol oren jus dan beberapa biji gula-gula hacks.

Alhamdulillah, bas yang dipandu begitu laju sempat sampai kat Hentian Putra jam 0450 pagi, terus ambil teksi ke Pelita Nasi Kandar, Jalan Ampang untuk bersahur. Selepas sahur ambo terus check-in Corus Hotel, depan restoren tu je. Tido selepas subuh dan bangun pergi kerja kat KLCC jam 0900 pagi.

Kerja habis jam 0100 tengahari dan check-out hotel jam 0200 petang. Berkejar ke Bandar Utama dengan teksi untuk satu lagi urusan peribadi. Dari situ ambil teksi dan terus ke Subang Airport untuk naik Firefly, balik ke Kerteh la. Sampai Kerteh jam 0555 petang dan terus balik Dungun.




Sempat berbuka di rumah. Udang galah masak lemak cili api.


Tiada ulasan:

Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009