Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


26 September 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1430 Hijrah

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Tahun ni ambo sudah tidak kerja shift lagi, jadi dapatlah cuti raya selama sepuluh hari. Raya pertama ambo sambut bersama keluarga mertua. Selepas solat aidifitri, ambo bertandang kerumah keluarga dan sedara mara kat Limbat. Raya kedua ambo balik ke Chiku untuk beraya dengan keluarga ambo pula.

Makanan raya yang ambo sempat makan tahun ni - nasi kerabu ayam berempah, nasi dagang, nasi himpit, roti jala, ketupat daun palas, tapai pulut, mee jawa dan biskut raya. Macam tak banyak la pulak menu tahun ni.

Ambo sempat juga bertandang dua rumah terbuka raya, kenduri-kendara tak sempat pergi, sibuk dengan urusan rumah ambo yang lebih penting.










Maaf Zahir Batin.

Tiada ulasan:

Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009