Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


31 Ogos 2009

Buahan Tempatan

Antara buah-buahan tempatan yang semakin jarang dijumpai adalah buah kecupu dan buah tal. Ambo tidak tahu nama lain buah kecupu tetapi buah tal adalah termasuk dalam jenis kelapa laut.

Kecupu biasanya ditanam dikampung-kampung sahaja manakala buah tal biasanya ditanam atau tumbuh dikawasan sawah atau pinggir kampung.

Kegunaan buah kecupu adalah untuk dibuat sambal ikan. Tumbuk lumat kecupu yang dibelah buang biji, campur ikan rebus, lada dan garam secukup rasa. Rasanya yang masam masin pedas bertindak sebagai pembuka selera. Kecupu yang masak adalah manis dan sedap dimakan begitu sahaja. Biasanya ada dijual di Medan Ilmu, Kota Bharu setiap Jumaat.

Manakala buah tal muda sedap dimakan seperti juga kelapa muda, isinya lebih sedap dan airnya kurang manis. Tuak tal ni juga adalah salah satu minuman yang sedap dan amat payah didapati. Semasa bulan Ramadan, ambo pernah beli tuak tal ni di Bazar Ramadan Jelawat, Bachok. Isi tal muda ada dijual di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu.

Tiada ulasan:

Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009