Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


23 Februari 2009

Minuman Pilihan - Kopi

Kopi, samada kopi-o atau kopi susu atau kopi pra-campur adalah kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia. Kopi-O hitam pekat adalah minuman tradisi sejak dulu lagi. Tetapi sejak 5 tahun kebelakangan ini, kopi pra-campur telah membanjiri pasaran dan menjadi kegemaran di Malaysia. Berbagai-bagai jenama dikeluarkan dengan berbagai campuran herba untuk khasiat samada untuk menyembuhkan penyakit ataupun untuk menambahkan tenaga zahir dan yang utama, tenaga batin. Orang melayu telah diajar satu kesilapan sedari dulu lagi, tenaga batin mesti sentiasa kuat, gagah dan tahan lama.

Berkenaan kopi pra-campur ni, kita kadangkala kena fikir juga kesan sampingan kepada diri kita. Bahan-bahan yang dimesin kadangkala tidak larut sepenuhnya dan hampas berkenaan boleh memberi kesan kepada sistem tubuh kita. Bayangkan kita makan debu kayu dan bahan berkenaan mendap dalam perut kita. Tidak semua hampas berkenaan keluar menerusi apa yang kita buang setiap pagi.

Ambo kadang-kadang tergoda juga minum kopi pra-campur ni.

Tiada ulasan:

Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009