Ini adalah satu gambar yang amat berharga, tiada lagi satu gambar yang seumpamanya berada dalam simpanan siapa-siapa. Bergambar semasa pagi Hari Raya Aidil Fitri, dengan kamera Pak Su Lah, pada tahun 1980 atau 1981 rasanya semasa dia masih lagi berada di Maktab Perguruan Sri Pinang, Pulau Pinang. Semasa itu ambo berumur 11 atau 12 tahun. Pak Teh Esa masa tu sudah bekerja di Felcra Keruak. Cuba perhatikan suasana rumah ambo pada masa itu. Nostalgianya memang menarik untuk dikenang.
Baju Adidas ambo tu dibeli oleh Mak Yah dan Ayah Soff di Pasar Lambak, Kota Bharu.
Baju Adidas ambo tu dibeli oleh Mak Yah dan Ayah Soff di Pasar Lambak, Kota Bharu.
2 ulasan:
Gambar tu nampak senget kerana kamera tu letak senget atas meja, pakai timer la tu. Cameraman pun semi-amatur lagi masa tu, maklumla camera pertama.
Sungguh klasik gambar nih. Kawe dah simpan sebagai kenangan
Catat Ulasan