Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


19 Januari 2009

Keselamatan Diri, Keluarga Dan Masyarakat.

Kita biasa tengok lori minyak accident dan terbalik. Ada yang pernah disambar api dan memusnahkan lori dan apa-apa sahaja yang berdekatan. Kejadian yang berlaku beberapa tahun lepas di Kg Gerai, Jerteh, di Paka dan di Marang adalah satu kemalangan dan kebakaran lori minyak yang dahsyat.

Sabtu 17 Jan lepas satu kemalangan berlaku di depan Stesen Minyak Petronas, simpang ke Gong Pasir. Lori terbalik dan berlaku tumpahan petrol yang mengalir ke longkang. Apa yang merisaukan ambo, penduduk kampung dengan selamba memungut dan menadah tumpahan petrol tersebut tanpa adanya satu kerisauan. Kebakaran dan letupan boleh berlaku dengan adanya 3 perkara - wap gas/minyak, oksigen dan punca api. Dua elemen pertama sudah ada, apa yang tiada hanya sumber api. Andai kata ada yang merokok pada masa berkenaan, trajedi lebih buruk mungkin berlaku. Ambo cuba buat yang terbaik untuk menasihatkan mereka tapi keutamaan mereka lebih kepada petrol percuma itu. Apa boleh buat.


Oleh itu, sekiranya kita mempunyai "peluang" untuk melihat kejadian seperti di atas, sila jauhi diri dan keluarga dari tempat kejadian.

Tiada ulasan:

Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009