Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


19 Januari 2009

Mengail


Bila masa bercambah hobi mengail Pak Su Lah ni pun ambo tak tau. Tau-tau je bila dapat MMS gambar ikan ni dari dia. Ini tangkapan dia semasa mengail kat sungai Kg Bendang Nyiur. Besar juga la ikan sebarau tu, letak garam semalaman dan gulai lemak. Masa makan tak ingat dunia.
Jom la pergi Tasik Kenyir dan Taman Negara barang semalam dua. Pastu pergi trekking ikut lorong gajah, camping kat sana 2 malam, masak nasi dalam buluh dan makan ikan bujuk bakar cicah kicap atau budu. Sayur pucuk paku rembat kat tebing sungai je.

Tiada ulasan:

Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009