Dari dulu hingga sekarang, Sate Kajang masih lagi menjadi tumpuan utama kepada sesiapa yang berkunjung ke kawasan Bangi, Kajang dan kawasan sekitarnya. Bagi ambo, setiap kali datang sini, makan Sate Kajang adalah satu kemestian. Pilian utama ambo, Restoren Sate Kajang Hj Samuri. Ianya bukan kerana nama hampir sama, tapi kerana sedapnya.
Petang tadi selepas habis kelas jam 5.30, ambo pergi Low Yat sekejap, ambik lens kamera ambo yang rosak. Hampir 2 bulan lepas hantar repair kat Jepun baru dapat semula. Balik dari KL terus singgah Kajang. Telefon Mat Nuar Abe Zin yang belajar kat UKM, nak ajak makan sate tapi dia pulak ada kat kampung, bercuti raya cina. Tak ada rezeki dia lah tu.
Maka, sorang-sorang lah ambo makan. Sepuluh cucuk sate, sepinggan nasi himpit + timun. Teh-O-beng kurang manis satu, semuanya RM8.95 termasuk 5% cukai perkhidmatan. Restoren kena cukai, rakyat jugak yang kena tanggung. Kerajaan dah kekurangan sumber kewangan, maka duit rakyat kena kikis masuk balik kepada kerajaan melalui berbagai-bagai cara. Cukai barangan adalah cara terbaru.
Malaysia Boleh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan