Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


09 Februari 2010

Diari Bulan February

Kali ni nak kongsi diari ambo untuk bulan ni - February. Ada aktiviti yang dah lepas dan ada lagi yang masih dalam peringkat perancangan. Kita kan perlu merancang tapi jadi atau tidak tu hanya ketentuan dariNya sahaja.


Selasa 02 Feb hingga Khamis 04 Feb 2010
Ambo ada program berkaitan urusan kerja selama 3 hari 2 malam kat De Rhu Resort, Kuantan. Program bermula pagi hingga malam. Ada waktu ruang rehat yang amat pendek tapi sempat lagi pergi outing ambil gambar kat pantai dan sekitar Gebeng. Khamis adalah birthday isteri ambo. Celebrate anak beranak ala kadar je selepas ambo balik dari Kuantan. Semoga Allah selamatkan kamu dan juga semoga Allah selamatkan kami semua. Lupa nak tanya dia, dapat ucapan Happy Birthday dari sapa-sapa tak hari tu? 

Jumaat 05 February 2010
Isteri ambo telefon dan sms dengan adik-adiknya bertanyakan khabar tentang kesihatan ayahnya. Berita masuk - ayahnya semakin tak sihat, gout semakin teruk dan sakit, terlalu kurang selera makan dan tak bermaya. Jam dah pukul 10.00 malam - ambo buat keputusan, jom kita balik kampung. Bertolak jam 1115 malam, sampai kampung jam 2.00 pagi. Laju juga ambo drive malam tu, biasanya lebih 3 jam baru sampai. Alhamdulillah, esoknya dia nampak okay sikit walaupun kaki masih bengkak dan selera makan masih kurang. Bak kata adik ipar ambo, orang tua ni bila tengok anak-anak balik, segarlah sikit dia. Sabtu 06 Feb, lepas makan dan solat isyak ambo balik ke Dungun. Satu malam je tidur kat kampung, tak sempat balik rumah sendiri.

Jumaat 12 Feb hingga Isnin 15 Feb
Sempena cuti raya cina, ambo nak balik kampung lagi untuk jenguk bapa mertua yang sedang sakit. Mungkin akan bertolak selepas Alia habis tution 3 matapelajaran pada paginya. Masa dia sakit ni kenalah rajin-rajin jenguk, biar dia rasa ada yang cakna. Bagi ambo, sesibuk mana pun kita, takkan tak boleh luangkan masa untuknya. Hendak seribu daya.

Selasa 16 Feb hingga Khamis 18 Feb
Kerja dulu sekejap pada pagi Selasa tu. Tengahari bertolak ke Bangi untuk menghadiri satu kursus berkaitan kerja selama 2 hari. Petang Khamis lepas kursus bertolak balik ke Dungun. Tengah duk fikir ni, nak bawa kereta ke nak jadi penumpang bas. Hmmm...


Isnin 22 Feb hingga Rabu 23 Feb
Kena pergi KL sekali lagi, urusan kerja juga. Kali ni ada 3 pilihan, nak bawa kereta, nak naik bas atau tumpang kawan-kawan lain. Hmmmm...nampak macam pilihan ketiga tu yang paling best.

Khamis 24 Feb
Ada meeting kat KL lagi....waaaaaaaaaa...penat la macam ni. Tapi dah komitmen kerja, kena pegi juga la.

Tiada ulasan:

Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009