Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


04 Disember 2009

Sikap Orang Kita

Hari ini ambo nak menulis pasal sikap buruk orang kita dalam 2 perkara.

Perkara Pertama : Buang Sampah



Suatu malam ambo keluar buang sampah. Sebaik selesai dan masuk dalam kereta, datanglah satu Innova menghampiri secara perlahan tong sampah besar berkenaan. Anak perempuannya secara tiba-tiba mencampakkan bungkusan sampah dari dalam kereta. Akibat campakkan itu, sampah berkenaan jatuh diluar tong sampah yang begitu besar. Drebar kereta pakai kopiah, isteri dan anak perempuannya siap bertudung. Apa ada pada penampilan sekiranya perangai dan sifat buruk tidak dapat dibuang. Satu contoh tauladan yang buruk kepada seluruh keluarga mereka.

Apa salahnya berhenti sekejap dan buang sampah tu betul-betul dalam tong yang disediakan. Kalau PBT lambat ambil, marah dan sumpah seranah, tapi kita sendiri yang buat salah tak apa ke?

Gunakan akal anugerahNya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perkara Kedua : Acu Cuba Try Test

Hari ini ambo pergi ke Supermarket untuk beli keperluan dan barangan dapur. Ramai orang sebab Supermarket ni baru dibuka setelah lebih setahun ada masalah dengan kerajaan negeri. Hehehe...

Semasa ambo sampai kat bahagian buah-buahan, ambo lihat seorang wanita sedang mengambil sebiji buah anggur merah dan memasukkan kedalam mulutnya. Ambo terkejut dan kami bertentang mata, dia semacam diam tanpa mengunyahnya. Barangkali dia menyedari ambo sedang memerhatikan perbuatannya. Terdetik dalam hati ambo, wanita ni sedang mencuri sebiji anggur merah.



Dalam kereta semasa perjalanan balik, isteri ambo pun ada cerita perkara yang sama ketika dia berada disitu. Seorang lelaki mencuri dengan selamba ambil makan sebiji buah anggur berkenaan dan terus berlalu tanpa membelinya. Seorang lagi wanita mencuba juga dan memuji kemanisannya. Tetiba anaknya juga mahu merasa dan dia terus mengambil sebiji lagi untuk anaknya rasa.

Datang lagi seorang wanita bersama seorang anaknya. Anaknya merengek mahu makan buah anggur merah berkenaan. Emaknya memujuk dan meminta anaknya bersabar sehingga dia selesai pilih, timbang dan sesudah bayar baru boleh dimakan. Sikap dan sifatnya sangat berbeza dengan wanita terdahulu. Setau ambo, walau sekecil buah anggur itu, ianya adalah bukan hak kita, haram dimakan selagi belum dibayar harganya.

Tanggungjawab seorang ibubapa adalah mengajar perkara-perkara yang betul kepada anak-anaknya. Sekiranya perkara sekecil itu pun tidak dapat dielakkan atau diajar halal haramnya, tunggulah bila mereka dewasa, mereka pasti akan mengikuti jejak langkah dan ajaran kita yang buruk itu. Semakin teruklah orang Islam dibumi Malaysia ini.

1 ulasan:

My27Krista berkata...

Sano, betul pemerhatian dan ulasan mu tu. Senario pertama tu...antara sbb kenapa aku tak berkopiah walaupun sebenarnya aku teringin mengikut sunnah Nabi nih. Aku bukannya org baik. Kalau aku berkopiah and wat benda yg drebar Innova tu buat, secara tak langsung, org yg berkopiah dan betul2 baik pun akan terpalit jugak...harap jer berkopiah, lampu merah pun langgar jugak...hehehe.

Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009