Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


22 Jun 2009

Luar Negara - Business Trip To Japan

Tarikh 15 June hingga 20 June 2009, ambo berkesempatan pergi ke negara matahari terbit, Jepun atas urusan kerja di Chiba, Jepun.

Perjalanan menaiki kapal terbang dari KLIA ke International Airport Narita selama enam jam setengah taklah meletihkan kerana berada dalam Business Class. Pengalaman kali pertama berada dalam business class ni memang seronok, padanlah dengan tiketnya RM9K pergi balik.

Waktu di negara matahari terbit-Jepun adalah sejam awal dari Malaysia. Cuaca adalah lebih sejuk sedikit dari Malaysia. Sekarang ni adalah musim panas ni. Suhu sekitar 24 hingga 27 darjah celcius. Yang ketara sangat adalah waktu solat, Subuh 2.36 pagi dan syuruk 4.25 pagi - suasana sudah cerah cuma tak ada orang. Lepas solat sambung tidur sebab kerja start pukul 8.30 pagi. Zohor 11.43 pagi, Asar 3.32 petang, Maghrib agak lewat 6.58 petang dan Isyak lebih kurang Malaysia 8.42 malam.

Semasa berada disana, ambo sempat juga melawat Tokyo Disneyland. Tiket masuk adalah Yen3100 selepas jam 6 petang. Kalau untuk sehari adalah Yen5800 (Yen100 = RM3.50). Majoriti pengunjung kat sini adalah warga Jepun sendiri terutama remaja dan sangat kurang pelancong asing. Tak heran lah sebab penduduk Tokyo sendiri melebihi jumlah penduduk Malaysia.

Apa yang lain berbanding dengan Malaysia di Jepun? Makanan - mahal, tak banyak lemak sebab mereka stim/rebus dan bakar, banyak sayuran dan ikan. Orang Jepun memang terkenal dengan kuat/rajin kerja, jalan cepat dan sentiasa tepati masa. Suasana persekitaran sentiasa bersih terutama jalan, taman dan bangunan. Kereta lori bas dan kenderaan sentiasa nampak kemas dan bersih. Paling banyak basikal. Satu bangunan penuh dengan parking basikal. Keretapi/Train kat Jepun ni pula sentiasa penuh - 150% hingga 199% penumpang pada setiap masa pergi dan balik kerja.

Ambo juga sempat berjalan-jalan melawat sekitar bandaraya Tokyo seperti Electronic City of Tokyo iaitu Akihabara. Harga barang-barang elektrik dan electronik bagi ambo adalah masih mahal berbanding dengan Malaysia, mungkin disebabkan sebab model terkini atau terbaru.

Ambo ada lebih 1000 keping gambar yang dapat menceritakan suasana dan keadaan di Jepun. Takleh nak upload semuanya.

3 ulasan:

Ibnu Zain berkata...

wah..bestnyoo..bilo la ambo dpt g ke sana ya..huhu.nk g lek siam pun xleh lg,,..huhuh

princess_lyannaz berkata...

salam....bestnye dapt jln2 ngara org..kalau musim salji dan musim bunga lg seronok...... nak bunga sakura leh sekuntum????????

ambo berkata...

bunga sakura kena makan ko raksasa, otromen x dan nak selamat.

Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009