Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


09 Jun 2009

Walimah Tuan Mohd Rosli Dan Norliana

Khamis, 04 Jun 2009 lalu adik ipar ambo Norliana yang baru habis belajar di UKM, melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Tuan Mohd Rosli, seorang guru yang sedang mengajar di Ulu Tembeling tetapi berasal dari Kg Tok Ajam, Jelor, Pasir Puteh. Majlis akad nikah pada malam Jumaat itu selesai jam 10.15 malam.

Keesokkannya dibuat majlis kenduri kahwin secara kecil-kecilan sahaja. Hanya menjemput sedara mara jiran tetangga dan sahabat taulan yang dekat-dekat sahaja. Maklumlah nak dibuat besar-besaran, bukan sahaja membazir malah orang pun tak ada masa nak datang dek kerana terlalu banyak jemputan kenduri-kendara dalam sehari.

Ambo jadi tukang masak secara tak rasmi, masak gulai daging campur mumbang nyiur sebanyak 2 kawah. Skill tukang masak kenduri ( jong gulai) yang diwarisi dari datuk iaitu Arwah Pakcik Aji Mat menjadi la jugak.


Selamat menempuh alam rumahtangga untuk Rosli dan Yana, kekalkan kasih sayang dan kesetiaan, semoga kekal bahagia sampai syurga.

3 ulasan:

Ibnu Zain berkata...

salam..adik abe nuri tu mngaji jurusan gpo kt ukm?bkpo ambo xterjumpo dgn dio..huuhhuu..

Tanpa Nama berkata...

oloh...........masenyo pengantin perempuan....berdebar tu

princess_lyannaz berkata...

emmmmmmmm.........malu weh,muko pengantin perempuan mase teh!!

Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009