Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


11 April 2009

Makan Dimana - Formula 1 Sepang

Hari tu semasa F1 Sepang, ambo sempat pergi la lagi. Kat sini makanan dan minuman dari luar tidak dibenarkan masuk. Kebanyakan makanan dan minuman kat sini mahal sangat. Harga sebotol air mineral 500ml dan air tin tu pun RM5. Nasi ayam RM10, kuay teow, burger dan sandwich RM7. Dahla kuatitinya sikit, mahal pulak tu. Mahal pun makan juga sebab dah lapar. Inilah masanya peniaga tempatan nak buat untung lebih, cekik darah pun lantaklah sebab event ni pun setahun sekali.

Lagipun peniaga tu majoritinya melayu, tetapi apa yang dikesalkan, majoritinya menjual air kencing setan. Apa nak jadi la melayu Islam ni. Hukum hakam letak tepi janji dapat duit. Hampeh......

Tiada ulasan:

Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009