Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


11 April 2009

Kamera DSLR Sony Alpha300

Semasa berada di KL tempohari, sempat la ambo tinjau-tinjau kat Low Yatt Plaza. Memang dah lama niat dihati nak memiliki satu kamera canggih, tapi tak tau jenama apa yang nak dibeli. Survey dalam internet dan tanya pendapat beberapa kawan, hasilnya ambo buat keputusan beli Sony Alpha300 ini.

Hobi ambo dalam fotografi ni sebenarnya terpendam lama dan terbiar. Minat sahaja tetapi berikutan tidak berkesempatan untuk memiliki gajetnya, maka hobi ni tidak mendapat perhatian ambo. Sejak kebelakangan ni baru minat ambo bercambah dan mampu untuk memiliki kamera DSLR canggih ni. Ambo ni bukan pro, bukan amatur tapi baru belajar, tahap semi-amatur je lagi.

Jemputlah masuk photostream ambo - www.flickr.com/photos/sanosini/

2 ulasan:

Abb Fattah berkata...

napok comel gambar bila ambik nge kamera mahal nih..
lain ke tuh..
hok semi-amatur pun napok mace pro..tu belum edit via photohop lagi tuh.

Ambo berkata...

kemarin g tgk photoshop cs4 kat low yatt, ori punya rm2499. hu hu hu.....sama mahal dgn camera

Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009