Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


01 Mac 2009

Dungun - Gua Musang - Kota Bharu - Dungun

Sabtu 28 February, ambo membuat satu perjalanan jauh secara bersendirian. Bermula dari Dungun terus ke Tasik Kenyir dan melalui jalan Kenyir ke Felda Aring. Jalan ini masih belum siap sepenuhya dan tidak dibuka secara rasmi walaupun telah lama digunakan oleh orang ramai untuk merentasi Terengganu ke Gua Musang.

Sepanjang perjalanan ini, tiada satu pun kereta yang memotong kereta ambo padahal ambo bawa perlahan antara 80 ke 90 km/jam sahaja. Jalan bertentangan berselisih dengan banyak la juga kereta bernombor plat Terengganu. Terasa suasana hutan simpan yang sunyi sepi dan tenang. Kalau malam hari tak berani nak lalu ikut sini. Sempat jumpa rusa melintas lagi. Ada jumpa gajah juga tapi ditempat santuari gajah Sg Ketiar la.

Jalan dari Kenyir ke sempadan Kelantan sudah siap sepenuhnya. Disebelah Kelantan tak siap sepenuhnya, nampak macam jalan kampung sahaja. Pulak tu kena lalu ikut jalan Felda Aring, jalan kecik, lubang-lubang dan banyak selekoh. Jalan ni dijangka siap Oct 2010, tapi ambo rasa takkan siap kot.

Jarak perjalanan dari Dungun ke Gua Musang adalah 250 km sahaja. Kalau dari Tasik Kenyir ke Simpang Aring tu kurang lebih 115 km sahaja.

Tidur semalam di rumah ambo di Felda Ciku Satu dan selepas subuh ambo balik ke Kota Bharu untuk urusan peribadi. Hujan sepanjang jalan dan kereta banyak nak pergi sekolah dan masuk opis termasuk satu Datsun baulu yang menyebabkan jalan jem dan panjang lebih satu kilometer. Pandangan negatif, dahla buruk, jalan slow 43.7 km/jam je menyusahkan orangramai. Pandangan positif, kesian pakcik tu kereta tu je mampu dia beli. Kurang-kurang masa hujan dia dan famili dia tak basah.

Selesai urusan di Kota Bharu, ambo balik ke Limbat dan beli ikan baung 8 ekor dengan harga RM15 dari Pak Sedara ambo. Letak kat rumah mertua sikit dan terus balik ke Dungun. Hujan lagi sepanjang jalan, ngantuk sangat dan berhenti tidur sejam di Kuala Besut dan sampai Dungun semasa azan Maghrib.

Penat, perjalanan sejauh 644.8 km seorang diri bertemankan "klasik nasional, mengamit memori.......".

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Malam tadi pukul 9.45 mlm member ambo telefon minta tolong, ada member dia dari Dungun, lalu ikut jalan ni la nak balik Perak, kandas di Aring 8. Kereta terjun lubang, bocor kedua-dua tayar. Ganti satu dan dia tahan kereta lalu-lalang nak pinjam tayar tapi takde orang berani nak berhenti tolong. Kesian.

Ambo call adik ipar ambo dan dia sanggup datang dari Felda Ciku sejauh lebih 30km, anta tayar spare untuk member tu.

Bayangkan kalau takde sesapa nak tolong tengah2 felda tu.

Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009