Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


03 Mac 2009

Birunya Nasi Kerabu

Nasi kerabu ada bermacam-macam jenis, warna dan dengan segala jenis lauk. Antaranya nasi kerabu kuning, nasi kerabu putih dan yang paling biasa adalah nasi kerabu biru. Ambo rasa kebanyakan orang Kelate tau dari mana asalnya warna biru nasi kerabu berkenaan.

Minggu lepas ambo balik Felda Ciku dan ambo ambil gambar bunga nasi kerabu ni untuk tatapan semua. Nama sebenar ambo tak tau sebab dari kecik lagi ambo panggil bunga nasi kerabu. Ianya sejenis tumbuhan menjalar semacam pokok kacang botol dan biasanya ditanam ditepi pagar rumah.

Secara tradisinya air bunga nasi kerabu ni la yang mewarnai birunya nasi kerabu berkenaan. Tetapi zaman ini kebanyakan peniaga menggunakan pewarna biru je, senang kerja mereka.

Tiada ulasan:

Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009