Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


07 Februari 2009

Ikan Kelah

Rasanya tidak semua orang pernah makan ikan kelah. Ikan spesies air tawar ni masih boleh didapati dilubuk-lubuk tertentu di negara kita. Kebiasaannya ambo dapat jika ada trip mengail ke Taman Negara Kenyir. Tapi yang ambo dapat tu kecik-kecik je, tak macam yang dalam gambar ni. Ini adalah sebagai contoh, spesies sebesar ni masih banyak dan masih ada lagi pengail yang berupaya mendapatkannya.

Harganya dipasaran ambo tak pasti, tapi mengikut kata orang puluhan ringgit jugakla untuk sekilrogam. Mahal pun berbaloi la, sisiknya boleh dimakan juga. Kalau anak kelah hidup panjang sejengkal untuk dibela dalam akuarium, harga di Kuala Berang adalah RM80 seekor.

Kredit kepada http://www.lubuk.net/

Bercuti Ke Sabah - Mula Perjalanan

May 2008, seramai 21 orang ahli keluarga ambo berlepas ke Sabah untuk menghadiri perkahwinan adik ambo Mohd Hasanuddin dan Faridah ( Mimi ) yang diadakan di Kota Belud. Perjalanan ambo bermula dengan menaiki keretapi kelas dua di Wakaf Baharu. Tambangnya Rm52 seorang , bestnya ada katil untuk tidur. Bertolak pukul 6.30 petang sampai KL Sentral pukul 9.00 pagi. Alamak, tiket AirAsia jam 10.30 pagi. Berkejar ke LCCT dengan teksi habis RM80. Semua orang yang datang pada hari sebelumnya dah berkumpul di LCCT. Hanya kami bertiga je tak sampai lagi. Tak sempat nak sarapan. Nasib baik sempat sampai. Beli sarapan nasi lemak dalam flight dah la.

Dari LCCT ke Kota Kinabalu mengambil masa sejam setengah sahaja. Tak sempat ambil gambar la. Dari Kota Kinabalu kami di jemput oleh adik ambo - perjalanan ke Kota Belud mengambil masa sejam setengah lagi. Sempat singgah makan di Pantai Tanjung Aru. Petang baru sampai ke rumahnya.

Catatan seterusnya berkenaan majlis kahwin.



04 Februari 2009

Kawasan Sawah Padi

Negeri Terengganu tidak termasuk dalam negeri pengeluar padi. Tidak banyak sawah padi yang wujud di negeri ini lebih-lebih lagi pada masa sekarang. Daerah Kemaman hanya kawasan Air Putih dan daerah Kuala Terengganu di kawasan Manir. Hanya kawasan Jerteh masih lagi banyak sawah padi.

Dungun? Inilah sisa-siasa sawah padi yang masih tinggal di Dungun. Mula-mula ambo datang ke Dungun dulu ambo ingat sawah padi tak wujud di sini. Rupanya masih ada lagi petani yang mengusahakannya di kaki Bukit Bauk. Keluasannya mengikut pandangan mata kasar ambo tak sampai pun satu hektar. Sangat sempit.

Ambo pasti dalam masa 10 tahun lagi, rumah-rumah akan tumbuh dalam sawah padi berkenaan. Hanya catatan dan sejarah akan mengingatkan bahawa sawah padi pernah wujud di Dungun.
Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009