Hari ni ambo nak kongsi satu sikap orang kita yang tidak sepatutnya dilakukan. Sikap membuang sampah dari dalam kereta ke atas jalanraya. Peristiwa ini ambo alami semasa berkereta dari Bachok baru-baru ini. Dengan selamba je drebar kereta ini membuang bungkusan plastik air batu ke atas jalanraya. Bungkusan plastik yang berisi air batu tu melantun dan hampir mengenai kereta ambo.
Gambar Sebenar
Sikap tak bertanggugjawabnya hampir menyusahkan orang lain. Juga, dia telah membuang sampah diatas jalan, tempat orang lalu lalang. Ada orang suka mempermudahkan laluan orang dengan membuang ranting yang menghalang laluan, tapi dia ni suka buang sampah atas laluan orang. Selepas buang bungkusan air tu, dia buang kotak rokok pulak, juga atas jalan. Jauh benar beza sikapnya. Kereta nak bersih, hati juga kena bersih.
Kalau makan minum dalam kereta, bekas minuman ke, pembalut makanan atau plastik sampah simpan dulu dalam kereta. Dah sampai tempat yang kita berhenti, ambil dan buanglah dalam tong sampah yang ada kat situ. Senang kan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan