Petang Sabtu 08 May 2010 semasa isteri ambo sedang menyiram bunga, dia mengadu pening kepala. Rumah berpusing-pusing dan rasa macam nak muntah. Lepas maghrib masih lagi tak baik. Jumpa Doktor Megat kat Klinik An-Nur dan disahkan mengalami tekanan darah rendah - 60/90. Malam tu selepas makan ubat walaupun tak selera nak makan nasi dek rasa nak muntah, dia masih boleh tidur sampai pagi.
Hari Ahad, sepatutnya ambo kena pergi ke Bangi atas urusan kursus selama 3 hari dan sambung urusan kerja kat KL sampai hari Jumaat. Memandangkan beliau masih lagi tidak sihat, ambo ambik keputusan buat rawatan susulan ke Kuantan Specialist Hospital. Selesai pendaftaran, memang disahkan tekanan darah masih lagi rendah, masuk air dua botol untuk menambahkan kecairan darah.
Kena masuk wad untuk pemeriksaan lanjut dan rawatan susulan. Maka, kami tiga beranak berkampung dalam wad. Kelengkapan dan peralatan sudah sedia kerana ambo sudah menjangka akan masuk wad.
Kena masuk wad untuk pemeriksaan lanjut dan rawatan susulan. Maka, kami tiga beranak berkampung dalam wad. Kelengkapan dan peralatan sudah sedia kerana ambo sudah menjangka akan masuk wad.
Malam pertama Doktor Pakar dah datang dan dia mengesyorkan isteri ambo menjalani pemeriksaan darah dan air kencing utnuk melihat keadaan buah pinggang dan jantung. Keputusan esok harinya menunjukkan semuanya dalam keadaan normal. Tekanan darah juga sudah kembali normal dan selera makan beransur baik.
Tak Ada Wad Single, Share 1 Wad 5 Pesakit
Hari Isnin, Doktor Pakar mencadangkan isteri ambo menjalani scan kepala dan pemeriksaan jantung. Keputusannya, jantung berkeadaan baik tapi ada masalah pada sistem imbangan sedikit. Masalah ini yang menjadikan isteri ambo pening dan rasa nak muntah tu. Rawatan hanya dengan memakan ubat sahaja.
Pelawat Dari Kota Bharu, Dalam Perjalanan Balik Ke Sri Makmur
Hari Selasa, pemeriksaan jantung secara menyeluruh sekali lagi, keputusannya normal dan disahkan boleh keluar wad. Balik rumah dengan bekalan 3 jenis ubat untuk selama 2 minggu. Pemeriksaan ulangan pada 25 May 2010.
Masa tandatangan bil tadi, ambo tengok jumlah besar = RM2151.00.
Masa tandatangan bil tadi, ambo tengok jumlah besar = RM2151.00.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan