Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


30 Januari 2010

Menu - Resipi Chicken Chop

Ambo bukanlah pandai sangat masak, tapi bolehla nak masak apa yang terlintas nak makan. Pengalaman sedari kanak-kanak lagi. Hari ni ambo masak Chicken Chop. Resipi ambil dari internet, ubahsuai mengikut citarasa sendiri.

Bahan Perap : 3 ketul seluruh peha ayam buang tulangnya, tepung goreng ayam + setengah sudu kecil garam + 2 sudu kecil rempah kari, gaul rata. Sebiji putih telur.

Bahan Sos :  Setengah mangkuk jejari kentang, Sos Tiram 2 sudu besar, Sos Lada Hitam 3 sudu besar, kalau suka pedas, tambah lagi. Secubit garam.

Bahan Sampingan : Sosej ayam 3 ketul seorang, jejari kentang dan coleslaw (yang ni ambo tak pandai buat - ambo beli kat KFC je)

Cara Buat

Gaul ayam dengan putih telur dan golekkan dengan tepung yang digaul rata tadi dan biarkan seketika. Untuk buat sos lada hitam pula, ambil setengah mangkuk jejari kentang diblender dengan air sampai pekat - pandai-pandai la nak pekat macamana. Masak dengan api kecil, bila mendidih, masukkan sos lada hitam, sos tiram dan garam. Kalau terlebih pekat, tambah air panas.

Goreng ayam dengan kuali tak melekat, guna api kecil sampai masak. Jangan goreng sampai keras, tak sedap. Sambil goreng ayam, goreng la juga sosej dan jejari kentang tu. 

Susun dan hidangkan secara kreatif dengan sos lada hitam, sos cili, mayonis.

Selamat Menjamu Chicken Chop

1 ulasan:

Nur Cahaya berkata...

Tq share resipi. Boleh la saya cuba ni. Yg coleslaw tu encik gaulkan mayonis, carrot yg dipotong dadu & kobis mayang je..

Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009