Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


01 Ogos 2010

Kuantan - Jalan-Jalan Cari Makan Dan Digitalmukmin Outing

Kuantan adalah tempat tujuan kesukaan ambo setiap kali berpeluang untuk jalan--jalan dan cari makan sambil shopping.  Kebetulan pada hari itu Digitalmukmin photographers pimpinan Ustaz Azhar Idrus juga bercadang untuk outing ambil gambar di Teluk Cempedak.

Ambo tumpang la sekaki memandangkan sudah ada disini.

Ustaz Azhar Dan Otai PokDin

Ustaz Azhar Idrus

14 Jun 2010

Perkahwinan Siti Aishah - Mohd Arif

Tahun ni sampai giliran adik ipar ambo, Siti Aishah melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Mohd Arif. Majlis akad nikah berlangsung pada hari Sabtu 05 Jun selepas solat Isyak. Dengan sekali lafaz, mereka berdua telah selamat menjadi suami isteri.

Dalam Penantian Saat Dan Ketika

Alhamdulillah, Selamat

Ahad, 06 Jun 2010 adalah hari kenduri. Paginya, sembelih seekor lembu dengan tujuan utamanya adalah kenduri aqiqah anak-anak saudara dan pada masa yang sama, meraikan perkahwinan mereka berdua. Disebabkan ayah mertua ambo yang sudah uzur - sakit buah pinggang, maka ambo mengambil alih tugas tukang masak gulai kawahnya. Tugas memasak bermula pukul 8.00 pagi selepas sebahagian daging sudah dilapah secara gotong-royong. Pukul 11.00 pagi sudah masak satu kawah dan menjelang pukul dua petang, siap semuanya.

Gambar Oleh Shamsul - Jemputan Khas Dari Dungun.

 
Gambar Oleh Jurugambar Kahwin - Telah Diedit Oleh Ambo

Hari Selasa, 08 Jun 2010 adalah hari kenduri rumah Mohd Arif - hari menyambut menantu. Janji nak datang pukul 2 petang tapi disebabkan ayah mertua ambo masuk hospital disebabkan sakit dada dan tidak bermaya pada tengahmalam lepas kenduri tu, maka perancangan hantar menantu pun lewat la kerana masing-masing pergi melawat beliau kat HUSM. Pukul 4.00 petang baru sampai ke rumah pengantin lelaki di Pengkalan Chepa.

Selamat Pengantin Baru Kepada Keduanya, Semoga Bahagia Sampai Akhirat.

p/s : Gambar tak banyak sebab tukang gambar jadi tukang masak

27 Mei 2010

Patin Buah Masak Tempoyak

Setiap kali singgah Hentian Rehat Temerloh semasa dalam perjalanan ke atau balik dari Kuala Lumpur, ambo tidak akan melepaskan peluang menikmati hidangan ikan patin buah masak tempoyak. Seketul RM12.00 patin buah berbanding RM7.00 seketul patin sangkar.


Masakan ini ada dijual di kedua-dua belah Hentian Rehat Temerloh, tapi bagi ambo, kedai makan Hentian Rehat meuju ke Kuala Lumpur lebih sedap berbanding sebelah lagi. Tak tau la, mungkin tokey kedai atau tukang masak yang orang yang sama atau tidak. Masakan hampir serupa tapi rasa tidak sama. Bukan ambo seorang yang kata begitu. Kawan-kawan ambo yang biasa singgah pun sama pendapat dengan ambo.



Tetapi kalau nak makan ikan patin yang betul-betul sedap dan asli, kena masuk Temerloh - Bandar Ikan Patin. Kat simpang nak masuk bandar tu pun dah ada banyak kedai makan. Ambo pernah makan kat situ, memang sedap. 

Lama tak masuk Temerloh, semenjak adanya Lebuhraya Pantai Timur.

18 Mei 2010

Ikan - Segar Dan Murah

Dungun adalah salah satu tempat yang mudah untuk mencari ikan segar. Kat Pasar Dungun ikan biasanaya segar tapi harganya agak tinggi sedikit. Ikan yang segar dan murah juga boleh didapati sepanjang Pantai Teluk Lipat, semasa nelayan pantai balik di waktu petang. Ikan-ikan ni segar dan harganya murah sedikit berbanding kat pasar.

Ikan ini dibeli oleh isteri ambo direct dari rumah kenalan nelayan kt Pantai Teluk Lipat. Selain dari harganya sangat murah, ikan ni masih segar tanpa disimpan dalam kotak airbatu.

8 Ekor Ikan + 3 Ekor Sotong

Kalau kat pasar, ikan-ikan gred A ni harganya melebihi RM20/kg. Tapi jika beli direct dari nelayan harganya jauh lebih murah. Hanya RM50 untuk satu besen di atas.

Semua ikan tu dah jadi lauk ambo - ikan bakar berempah, ikan kukus, masak masam manis, goreng kunyit, singgang Terengganu dan bakar cicah kicap berlada..

11 Mei 2010

Isteri Ambo Masuk Wad

Petang Sabtu 08 May 2010 semasa isteri ambo sedang menyiram bunga, dia mengadu pening kepala. Rumah berpusing-pusing dan rasa macam nak muntah. Lepas maghrib masih lagi tak baik. Jumpa Doktor Megat kat Klinik An-Nur dan disahkan mengalami tekanan darah rendah - 60/90. Malam tu selepas makan ubat walaupun tak selera nak makan nasi dek rasa nak muntah, dia masih boleh tidur sampai pagi.

Hari Ahad, sepatutnya ambo kena pergi ke Bangi atas urusan kursus selama 3 hari dan sambung urusan kerja kat KL sampai hari Jumaat. Memandangkan beliau masih lagi tidak sihat, ambo ambik keputusan buat rawatan susulan ke Kuantan Specialist Hospital. Selesai pendaftaran, memang disahkan tekanan darah masih lagi rendah, masuk air dua botol untuk menambahkan kecairan darah.

Kena masuk wad untuk pemeriksaan lanjut dan rawatan susulan. Maka, kami tiga beranak berkampung dalam wad. Kelengkapan dan peralatan sudah sedia kerana ambo sudah menjangka akan masuk wad.


Malam pertama Doktor Pakar dah datang dan dia mengesyorkan isteri ambo menjalani pemeriksaan darah dan air kencing utnuk melihat keadaan buah pinggang dan jantung. Keputusan esok harinya menunjukkan semuanya dalam keadaan normal. Tekanan darah juga sudah kembali normal dan selera makan beransur baik.
Tak Ada Wad Single, Share 1 Wad 5 Pesakit

Hari Isnin, Doktor Pakar mencadangkan isteri ambo menjalani scan kepala dan pemeriksaan jantung. Keputusannya, jantung berkeadaan baik tapi ada masalah pada sistem imbangan sedikit. Masalah ini yang menjadikan isteri ambo pening dan rasa nak muntah tu. Rawatan hanya dengan memakan ubat sahaja.

Pelawat Dari Kota Bharu, Dalam Perjalanan Balik Ke Sri Makmur

Hari Selasa, pemeriksaan jantung secara menyeluruh sekali lagi, keputusannya normal dan disahkan boleh keluar wad. Balik rumah dengan bekalan 3 jenis ubat untuk selama 2 minggu. Pemeriksaan ulangan pada 25 May 2010.

Masa tandatangan bil tadi, ambo tengok jumlah besar = RM2151.00.

24 April 2010

Keropok Kristal Besar Kambing

Cerita 1 - Makan Keropok

Jumaat petang lepas solat Asar, ambo dan famili jalan-jalan cari makan ke Kuala Terengganu. Singgah makan keropok lekor 007 depan Masjid Terapung. Servis lambat, order keropok RM3.00 tapi sampai 10 batang sahaja. Makan seketul gatal lelangit dan lidah ambo. Dulu-dulu keropoknya sedap dan menjadi kemestian singgah beli untuk ole-ole balik kampung. 

Pakejnya cukup lengkap untuk serik dan tidak singgah lagi.

Cerita 2 - Masjid Kristal

Sejak Masjid Kristal dibuka pada tahun 2008, inilah kali kedua ambo datang sini. Kali pertama tak masuk pun, tengok-tengok dari luar. Kali ni ambo masuk ke masjid ini untuk ambil gambar. Sampai lewat sangat, maka sessi bergambar tak menjadi.

Sunset Masjid Kristal Yang Tak Menjadi

Masjid ni baru berusia 2 tahun lebih tapi sudah nampak kerosakan, cat yang tanggal dan kemasan yang sudah pudar dan terkopak. Mungkin hasil dari kerja-kerja yang kasar, cepat, tidak berkualiti dan tidak cermat. Tak padan dengan belanja yang begitu besar. Hampir Maghrib ambo tinggalkan masjid ini untuk solat di Masjid Ladang.

Tak selesa nak solat di masjid yang dibina untuk bermegah-megah.

Cerita 3 - Makan Besar

Selepas selesai shopping barang dapur kat Mydin, ambo bertolak balik ke Dungun. Singgah makan di Medan Selera Kelulut. Sebelah meja ambo ada satu keluarga besar sedang rancak menjamu selera. Bapa, ibu, seorang anak lelaki yang extra size dan tiga orang anak perempuan. Diatas meja mereka sudah bersusun-susun pinggan kosong dan pelayan masih lagi menghantar makanan ke meja mereka. Gelas minuman melebihi lapan gelas yang besar-besar belaka. Wah...betul-betul punya makan ni.

Ambo makan meehon tomyam, isteri ambo mee goreng basah dan anak ambo makan mee rebus. Orange juice dua gelas dan milo beng satu.

Selesai makan, ambo bayar RM17.00, mereka bayar RM140.00 !!!!

Cerita 4 - Sup Kambing

Semalam masa kat Mydin ambo tengok daging kambing tempatan RM38.00 sekilo. Daging kambing import sejuk beku RM14.90 sekilo. Jauh beza harganya.

Menu Tengahari Tadi - Sup Kambing Import.

11 April 2010

Cik Yah Selamat Bersalin

08 April, Khamis petang kami mendapat khabar dari suami kepada adik isteri ambo - Cik Yah dimasukkan ke Hospital Taiping kerana sudah sampai masa untuk bersalin. Paginya mereka pergi ke hospital itu untuk mendapatkan surat sokongan untuk bersalin di Kota Bharu. Mereka di jangka balik ke Kota Bharu pada hari Sabtu 10 April untuk bercuti sementara tunggu masa bersalin 26 April 2010.

Alhamdulillah, pukul 1.21 tengahari Cik Yah selamat menjalani pembedahan Caesarean. Baby seberat 2.90 kg. Sedihnya, hanya mereka berdua yang menyambut kelahiran putera sulung. Sedara-mara berada jauh dan tidak berkesempatan melawat. Hanya SMS dan telefon menjadi penyambung khabar dan berita.

Khamis malam, ambo buat keputusan untuk pergi melawat mereka. Bertolak dari Dungun pukul 03.10 pagi dan sampai di Kota Bharu pukul 5.25 pagi untuk mengambil 2 orang adik ipar ambo. Bertolak dari Kota Bharu pukul 7.45 pagi dan sampai Taiping pukul 12.15 tengahri. Laju jugak kali ini.

Putera Sulung Cik Yah Dan Che Amir

Gambar Penuh - Usia 2 Hari

Tahap keselamatan di Hospital Taiping adalah yang paling ketat ambo rasakan. Sesiapa pun tidak dibenarkan menunggu pesakit dan masa melawat adalah amat dikawal. Suami pesakit sendiri tidak dapat masuk jika di luar waktu melawat. Ini kerana banyak terjadi kes-kes culik, tukar dan curi bayi.

Jamu Selera Kat Pelita Nasi Kandar - Taiping

Sabtu petang selepas waktu melawat, kami mulakan perjalanan balik ke Kota Bharu. Tinggalkan seorang adik ipar perempuan untuk menemani Cik Yah semasa berehat di rumahnya sebelum dapat pulang ke kampung.

Hari Ahad ambo kerja dan terpaksa balik ke Dungun malam ini juga. Penat tak hilang lagi. Tak apalah, kena tidur sekejap ni. Bertolak balik ke Dungun pukul 2.50 pagi. Sampai Dungun pukul 5.25 pagi hari Ahad.

Sampai pejabat pukul 7.35 pagi. Alhamdulillah

07 April 2010

F1 Sepang

Tahun ni sekali lagi ambo dapat hadir menonton F1 Sepang. Tahun-tahun lepas ambo biasanya pergi hari Sabtu dan Ahad tapi tahun ni pergi hari Ahad sahaja. Tahun sebelum ni tujuan utama nak menonton perlumbaan tapi tahun ni tujuan utamanya sudah berubah. Ambil gambar.

Ambil gambar sukan ni mencabar sikit sebab kelajuan kereta lumba tu hampir 320km/jam dan memerlukan teknik, setting dan lensa yang sesuai - teknik ini dinamakan panning. Selain kereta, ambo juga ambil gambar candid penonton dan photographer.

Nikmatilah gambar-gambar yang ambo ambil ni. Tahap semi-amatur lagi ni.

Selamat Datang

Antara Kereta F1 Yang Dipamerkan

Peminat Cilik

Penonton - Tiket RM200

Penonton - Tiket RM100

Jumpa 3 Orang Sepupu Ambo

Photographers At Work

Paling Laju Di Darat  - 320 km/jam

Paling Laju Di Udara - 1000 km/jam

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Penat Tapi Seronok

28 Mac 2010

Masuk Hospital

Rabu, 24 March 2010 Ayah Mertua ambo dimasukkan ke Hospital HUSM sekali lagi. Komplikasi kegagalan buah pinggang dan gout. Sudah masuk tahap kritikal sebab urea dalam darah sudah naik kepada 46. Orang yang sihat bacaannya adalah 5 sahaja. 

Dulu lagi doktor cadangkan untuk tebuk dekat pusat, masukkan alat untuk cucian, tapi dia masih tidak bersetuju. Sudah sampai tahap tidak boleh bergerak disebabkan gout dari buku lali hingga siku dan hampir-hampir kena stroke, kejang setiap hari, tiada selera makan dan muntah setiap kali makan. Tahap dimana perubatan secara tradisional tidak lagi memberi kesan. Bukan tidak ada sesiapa yang menasihati tapi dia masih lagi nak bertahan.

Sempat Ambil Satu Gambar Je
Nurse Kata, Dalam Hospital Dilarang Ambil Gambar
Sorry Misi

Hari Khamis doktor sudah menjalankan prosidur itu dan dia kena dimasukkan air sebanyak 60 liter - satu liter setiap kali masuk, buang dan masuk balik. Kelmarin bacaan urea dalam darah dia sudah turun kepada 37 - satu perkembangan positif. Jika 60 liter tu tak cukup, mungkin akan dimasukkan lagi 10 liter. Darah juga sudah dimasukkan sebanyak 3 pain untuk mempercepatkan pemulihan.

Setakat ini sebarang info berkaitan akan dihantar oleh adik ipar ambo. Semoga beliau akan cepat sembuh. Amin.

Sunrise Kat HUSM

Gambar ini tiada kaitan secara langsung. Ambo ambil dari tingkap HUSM sebagai kenangan sahaja. Semasa matahari sedang naik, seorang pesakit lelah di hujung katil Ayah Mertua ambo baru sahaja meninggal dunia. Ini mengingatkan ambo bahawa setiap hari matahari akan turun naik sebagaimana diaturkan olehNya. Manusia pula akan lahir dan mati setiap ketika, juga telah ditentukan olehNya.

Di HUSM ini, dalam wad bersalin ada sahaja kelahiran dan dalam lain-lain wad ada sahaja kematian.
Allah Maha Besar

21 Mac 2010

Bab 2 : Kenduri Kahwin M Hamizan

Dua hari selepas kenduri kahwin tu, pada 20 March 2010 giliran rumah ambo pula  buat kenduri aqiqah anak-anak sedara ambo bersekali dengan kenduri kesyukuran sambut menantu. Tumbang juga lembu seekor, dapatlah gulai kawah daging sebanyak dua kawah setengah. Nasi putih sebanyak 7 periuk besar. Menunya adalah daging gulai kawah, daging singgang, ayam percik, ikan kering, kerabu perut campur nangka, sira labu, acar timun dan sambal belacan.

Juga tak nak cerita banyak,  nikmatilah suasana kenduri dalam bentuk gambar-gambar sahaja.










Gambar makan beradab dan gambar menu makanan yang dihidangkan tak sempat nak ambil sebab ambo buat-buat sibuk sampai tak sempat sangat nak pegang camera. Penat dan tak ada mood nak pegang camera sebenarnya.

Pukul 5.45 petang ambo bertolak balik ke Dungun melalui Kuala Krai - Jerteh - Penarik - Kuala Terenganu - Dungun. Alhamdulillah, sampai lewat hampir pukul 12.30 tengahmalam sebab berhenti tidur kat UDM lebih kurang 45 minit.

Tak mampu drive sebab penat dan ngantuk.

Bab 1 : Kenduri Kahwin M Hamizan

Adik ambo, Mohd Hamizan dan isterinya telah selamat melangsungkan perkahwinan pada 14 March 2010 di Felda Chiku Satu, Gua Musang. Kenduri sebelah rumah isterinya diadakan pada 18 March 2010. Tak nak cerita panjang, gambar-gambar kat bawah akan menceritakan secara detail.

*********************************************************************************

Gambar banyak sangat tapi tak larat nak masukkan semuanya. Ini adalah sebahagian gambar semasa kenduri rumah isterinya.
 






   
 

Selamat Pengantin Baru
Semoga Kekal Bahagia Hingga Akhirat 

07 Mac 2010

Panas Dan Kering

Bulan ni, terutama minggu ni - cuaca sangat panas dan kering. Kesan dari pemanasan global, dunia semakin hari semakin panas.

Global Warming
Matahari Memancar Terik Sepanjang Hari

-----------------------------------------
Akibatnya

Rumput Mati
Tanaman Mati
Ayam Lepak Bawah Pokok
Burung Pun Berteduh
Kucing Pula Asyik Tidur Dan Tak Keluar Rumah

Bila keadaan ini terjadi, semua aktiviti terbatas. Lebih sedap dan nyaman berada dalam rumah dari keluar ke mana-mana. Aktiviti terhad.

-----------------------------------------

Apa yang aktif musim panas ni? Penjual dan tukang servis air-cond samada air-cond kereta dan kediaman sentiasa sibuk. Jualan air disemua kedai meningkat terutama sekali para penjual air batu tepi-tepi jalan. Bil air dan elektrik meningkat - mandi acap dan lama. Kipas pula 24 jam dan masa penggunaan air cond bertambah.

Best Lepak Dalam Air-Cond Dan Kipas
Sambil Pekena Air Sejuk
Paling Sedap - Mandi Lama-Lama

Panas - Sejuk - Kering - Basah - Syukur Alhamdulillah
Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009