Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


15 April 2009

Buah Berangan

Kelmarin ambo singgah di Pusat Membelibelah Astaka, Kuala Terengganu. Di pintu masuk tu ada seorang remaja sedang menjual buah berangan goreng. Harganya RM20 sekilo. Boleh tahan mahalnya. Kalau sesiapa pernah singgah kat Genting Sempah semasa dalam perjalanan ke KL tu, mesti pernah tengok ramai golongan cina menjualnya di situ. Tak perasan la pulak berapa harganya.

Rasanya sudah lama sangat ambo tak makan buah berangan ni. Teringin memakannya dan disebabkan seorang diri sahaja, ambo beli la sebanyak RM5 untuk 250 gram sahaja. Lembut, lemak dan sudah pasti sedap.

Berangan = Chesnut

Tiada ulasan:

Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009