Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


15 Julai 2009

Masak Dalam Hotel

Bulan ni sudah 2 kali ambo bertugas luar kawasan. Minggu lepas 6 hari duduk hotel. Makan pagi kat hotel, makan tengahari disediakan kat bilik mesyuarat sahaja, disediakan oleh penganjur, banyak makanan segera tapi sedap. Makan malam pula kedai mamak dan warung tepi jalan je. Malas nak pergi jauh-jauh.



Minggu ni datang lagi untuk selama 6 hari juga. Kebetulan hotel yang ambo duduk kali ni ada disediakan dapur dan peralatan masak. Timbul idea nak masak la pula kerana dua sebab, satu malas nak keluar malam dan satu lagi dah boring makan kat restoren. Ambo masak makan malam sahaja, kerana macam biasa la, makan pagi dan tengahari disediakan pihak hotel. Lagipun mana sempat nak masak.

Malam pertama ambo makan kat restoren lagi, malam kedua ambo masak kari ikan, malam ketiga ambo masak tomyam seafood dan malam keempat ambo buat masak lemak udang. Malam esok dan lusa nak masak apa, tak tau la lagi.


Fuh....skill masak ambo macam dulu-dulu jugak lah ..... :)

2 ulasan:

My27Krista berkata...

Kelas blog mu Sano. Pasal tak bagi ke saing awal?

Mohd Sanori Abu Bakar berkata...

Terima kasih lawat blog aku.
Segan gok nok suruh org masuk blog kite..
Doh kalu masuk tu, jenguk la acap skit deh...

Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009