Ambo Akan Mencatat Apa Sahaja, Tidak Terhad Kepada Apa-Apa Syarat. Apa Sahaja Terlintas Dan Ada Bahan, Akan Ambo Masukkan Kedalam Blog Ini. I Just Want To Enjoy, Enjoy Yourself Too


04 Julai 2009

Kenduri Kesyukuran Hari Lahir Alia

Semalam, 03 Julai 2009, Alia sudah berumur 11 tahun. Ambo buat sedikit kenduri kesyukuran kerana kami sekeluarga dikurniakan Allah kesihatan dan kesejahteraan. Jemputan utama adalah bapa dan mak mertua ambo beserta adik ipar sekeluarga dari Kelate dan bapa sedara ambo dari Kuala Berang. Jemputan lain terdiri dari sedara mara yang berada sekitar Dungun, jiran-jiran, jemaah surau dan saing sahabat tempat kerja.

Menu utama adalah nasi gulai kawah dan ayam goreng berempah. Tambahannya adalah ikan kering, acar dan sambal mangga belacan. Gulai kawah tu ambo masak sendiri, rempahnya diimport dari Kelate dan mumbang (bemban) nyiur tu juga dibawa oleh mertua ambo dari Kelate.

Jemputan mulai datang lepas solat Jumaat dan tidak putus-putus sampai ke malam. Pinggan pakai buang yang ambo beli sebanyak 300 keping tinggal kurang lebih 50 keping je. Jemputan terakhir pulang pada 10.45 malam.


Penat, tapi seronok.


p/s : Tak sempat ambil banyak gambar, sibuk layan tetamu.

Tiada ulasan:

Copyright Controlled @ Mohd Sanori Abu Bakar @ 18 Januari 2009